Pages

Saturday 5 January 2013

Diari Hati

Assalamualaikum

"Walah, ekau baget baik yo update update cengitu"

"hokaloh, hang dulu pun teroq ! nak buat baik pasaipa"

"poyo gile lah kau, nak menunjuk baik letew"


"Sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang taubat dan menyukai orang-orang yang mensucikan diri." (Al Baqarah: 222)

Jika ditanya mahu syurga atau neraka, pasti syurga bukan ? Bukan mudah nak istiqomah. Hampir setiap hari aku tanamkan "aku nak berubah ya Allah" itu matlamat dan salah satu list cita-cita aku. Hijrah atau pun pengorbanan itu yang aku korbankan. Aku hiraukan apa kata kawan-kawan. Nak kata aku pelik, kuno dengan berjilbab labuh,berstokin seakan orang dalam pantang, pedulikan! Tengok di akhirat nanti siapa gelakkan siapa. Aku tak mahu jadi Istidraj dan sombong. Bila susah baru ingat Allah, bila senang semua dilupakan. Nauzubillah.

“Sesungguhnya penduduk Syurga yang paling sedikit adalah wanita.”
(Hadis Riwayat Muslim dan Ahmad)


Sebelum tidur aku selalu terbayang kalau aku mati besok, adakah aku akan berada di syurga ataupun neraka? Orang pertama yang aku terbayang ialah Mak Abah. Seorang Wanita yang masuk neraka akan menarik dua orang lelaki. Ayah kandung, adik beradik lelaki, suami, anak kandung lelaki. Sehelai rambut Wanita yang di lihat oleh lelaki bukan muhrim dengan sengaja = balasannya 70 000 tahun dalam neraka. Subhanaallah begitu dasyat azab di neraka. 

"Ya Allah betapa lemahnya hambamu ini, aku sering tewas melawan hasutan syaitan yang sentiasa menghasut anak cucu adam untuk membuat kejahatan dan maksiat di muka bumimu ini, Kurniakanlah aku hidayah Mu Ya Allah." Itulah nikmat yang paling berharga. Insyaallah aku akan sentiasa istiqomah dan mencari redha Mu.

" Menangis tu perlu untuk suatu pengorbanan. Menangislah banyak-banyak. Berkorban untuk Allah. Yes, Allah dan Rasul  sentiasa ada ".
Perbaiki diri, muhasabah diri. Jika kita ingat Allah, Allah pasti ingat kita.





4 comments:

queenjannah said...

Amin:)

najiahs said...

SESUATU YANG BERHARGA ADALAH YANG SUKAR UTK DIPANDANG DAN DILIHAT.INSYAALLAH..:)

Unknown said...

insyaAllah sayang apa yang ang niatkan nk wat tu pasti Dia senangkan jalan ang n keep istiqamah whatever happens :)

Unknown said...

In sya Allah :)