Pages

Saturday 14 June 2014

Floria Putrajaya 2014 (Selfie Menang Tablet)

Assalamualaikum.

Selamat berhari minggu. aik pakcik makcik kakak abang bakpo dok umah tengok boboiboy je. Moh ler bawak anak-anak, nenek, atok berselfie di floria mana tau boleh menang tablet. Ini serious bukan main main. Hashtag floria2014 yoo :P

Dulu floria ni dekat ja depan rumah, la ni pindah tapak dah. Persisiran Tasik Promenade, Presint 4 
(Cari Jambatan Sri Saujana). Tarikh mula 14-22 Jun 2014 dari 9.00 pagi sampai 10.00 malam (Isnin-Khamis) / 9.00 pagi sampai 12 tengah malam (Jumaat - Ahad)

Bukan masuk free seperti sebelum sebelum ni eh. Kena beratur beli tiket okay. 

Dewasa : RM3
7-12 tahun : RM1

Bawah 7 tahun : Percuma 


Jangan risau kalau ada yang malas drive boleh naik shuttle bus dari Putrajaya Sentral. Harga tersangat la murah RM0.50 shj per trip.








Serious suka tema tahun ni. Ala ala wedding dalam garden. Act la kan tema Bunga Begonia.
Ok la cuaca pon takde la panas terik. Ada jugak mendung mendung. Agak panas berpeluh ketiak lari masuk pavillion amik hawa dingin 15 minit pastu kuar ler balik (kantoi) 






Tipu la kalau budak budak tak teruja, aku tengok makcik2 kemain lagi selfie dengan ank patung.


Jangan tanya kenapa sengetkan kepala. Kalau diri tegak dah pasti kepala potong separuh haha






Jangan ingat icity je ada eh. 


Photobooth pun ada tau. Tak jumpa "im single" Bride to be pun boleh la.


Ingat amik gambar suka suka ? Ada yang berminat nk menang Galaxy tap? moh ler join pertandingan "Insta Snap and Win"! Ambil gambar anda di FLORIA dan upload di Instagram dan of coz kena ikut syarat2. 








Banyak nau peraduan. I tadi tak dan nak selfie lupa bawak monopod. Pakai handpod je. 
So yang suka selfie boleh la tunjukkan aksi duck face, peace lepas tu boleh share gambar and letak caption menarik. contoh " Hari ni i pergi floghia dan rasa sangat teruja kerana purata pengunjung ber-selfie menggunakan monopod sebaik mungkin tanpa hiraukan laluan org sekeliling, berharap berjaya memenangi tablet" muehehe


Detail boleh like page Floria Putrajaya / Perbadanan Putrajaya

Alang alang tu click la iklan sebelah tu ? hehehehe







Friday 13 June 2014

Liebster Award Shera Abibunnajar

Assalamualaikum dan salam sejahtera buat penjejak penjajah penjengok serta segala pen pen penjenayah sekali. Tersentak terkedu kena tag. Terima kasih tag susah susah je bagi task suruh hupdate blog.

Meh tengok sikit soalan ada macam soalan final exam web programming 2? ke soalan calculus ke. Mau aku deactive blog. mihmih


Btw special thanks to Shera Abibunnajar tag aku. Satu tempat study tapi tak pernah bertentang mata, berborak kan. 












1. Nama and kenapa pilih untuk jadi blogger?


Nama diberi Siti Atiqah Binti Mohd Fadzil, kenapa pilih jadi blogger sebab aku jenis suka luah perasaan melalui menaip.

2. Sejak bila mula jadi blogger


Soalan yang aku rasa macam hilang ingatan jap. rasa macam tahun 2010 (kot)

3. Impian yang belum tercapai?


Impian ek impian.  first merangkul semua aspek. habis study genggam dulu kejayaan lepastu baru pekerjaan, bisnessgirl berjaya. Last kahwin la kahkah. 

4. Tiga lagu yang ada dalam fikiran anda sekarang.


Sekarang jam 2.06am bersamaan 13hb jun mmg tgh fefeling sedih.
 Encik mimpi-rindukanlah, fynn jamal- arjuna beta, ungu-bila tiba.

5. Hobi


Hobi suka berangan, pastu berharap angan tu akan masuk mimpi pastu berharap lagi angan tu jadi kenyataan. Second suka tido. 

6. Kereta idaman and kenapa pilih kereta tersebut ?


Dulu minat gila dengan Honda Crz sekarang dah berubah hati. kereta impian Volkswagen Golf TGI sebab cute. Tu je alasan boleh aku bagi. 

7. Warna kegemaran?


Macam macam sebab ikut mood. kadang2 pink, turquoise, purple. Mostly black!

8. Kawan yang paling rapat?


Terlalu sensitip. Kawan paling rapat buat masa sekarang wano.

9. Tabiat yang susah nak ditinggalkan?


Gigit kuku. Gila jijik haha

10. Tempat yang anda mahu lawati dan kenapa?


Istanbul Turkey sebab boleh fefeling honeymoon dengan suami kahkah. Takdelah maybe sebab Turkey is so precious.
 (acah tengok filem istanbul aku datang)


Settel jawab. Meh aku tag pulak. 
(random je sebab nak pilih 10 tu macam nak pilih suami) 
mihmih


haa jawab, Jangan buka kertas peperiksaan ini sehingga diberi arahan. SULIT
Anda dinasihati supaya mengambil laaa masa seberapa banyak yang boleh untuk menjawab soalan di atas. kertas soalan akan dikutip apabila masa peperiksaan tamat. kahkah

1. Umur and kenapa pilih untuk jadi blogger?
2. Sejak bila mula jadi blogger
3. Impian yang sudah tercapai?
4. Tiga lagu yang ada dalam fikiran anda sekarang.
5. Hobi 
6. Kereta idaman and kenapa pilih kereta tersebut ?

7. Warna kegemaran?
8. Kawan yang paling rapat?
9. Tabiat yang susah nak ditinggalkan?
10. Tempat yang anda mahu lawati dan kenapa?