Pages

Monday 31 December 2018

Detail Scan for baby

Assalamualaikum...



Rasa kelapangan ni boleh la berkongsi dgn hampa bagi yang nk tahu atau saja amik tau pasal scan baby. heheheheh 


Ramai pasangan bila tahu je hamil of coz suka gila gila kan kan. Excited nk tahu jantina, nak tahu rupa macam mana segala bagai kan. for me memang  excited masa  hamil baby 1st dulu dah bagitau hubby nk sangat2 buat scan 3D/4D bagai tu. hamil yang kedua ni dah ada serba serbi pengalaman dan ilmu tentang perlunya scan "detail" ni. bergantung la pada masing2 mahu yang mana atau boleh carik macam jenis pakej yang ditawarkan. 

for me and hubby selesa pilih Klinik Dr. Najwa, dr afif sampai la ke adik baby tetap pilih klinik dr. najwa.. hehe sono / doc sangat la ramah. korang boleh tanya je apa2 soalan pun pasti di jawab dgn lemah lembutnya. suka suka 

Harga yang ditawarkan okay la berpatutan plus call je terus cawangan klinik untuk tahu info. Malas sgt pm je di facebook haha. 

kenapa pilih detail scan? haaaa sebab doctor / sono akan scan dr otak sampai ke kaki. siap kira cukup ke tak jari kaki tangan baby tauu! jangan kata cek jantina je sono akan cek spine, jantung, uri, otak, hati segala abdomen baby la senang cite. bukan apa at least kita ambil langkah awal untuk tahu abnormaliy baby dr dalam perut lagi. scan ni ambil masa 30-45 min berbaloi la kan plus lebih accurate dalam 18 weeks ke 24 weeks. apa2 hubungi la sono atau klinik yg berdekatan nk tau info. harga yg di tawarkan di Klinik Dr. Najwa 

2D detail scan - RM150 beserta report. 
siap dpat free gift susu lagi hehe





Tulang hidung baby hehe






kedudukan placenta dalam kandungan



Nak tahu maklumat lanjut just call 03 8920 8721 / pm Klinik Dr. Najwa di facebook


atau boleh click page sonographr.com 


Saturday 29 December 2018

Penghujung 2018

Assalamualaikum..

Terlalu lama meninggalkan laman diary tersayang ni kihkih. Last update pada tahun 2016 kini usia anakku Muhammad Afif Firas hampir 3 tahun. Allahu.. cepat sungguh masa berlalu. Begitu cepat anak ibu membesar. Tiada kata selain selalu mendoakan anak sulungku di beri kesihatan yg baik dan membesar dengan bijak soleh yang dapat berbakti pada orang tua. 

Sunyi sepi tiada khabar berita baru yang dapat di updatte di sini. lama gila kan hahaha tiba2 hari ni rasa ada kelapangan. hari demi hari asyik sibuk dgn hal dunia,menjadi suri rumah yang dari zero tidak tahu apa2 hal kerja rumah terus rasa kagum dgn diri sendiri hahaha berjaya uruskan segalanya sendiri memandangkan suami sibuk dengan hal projek di site. apatah lagi membesarkan anak yang semakin panjang akalnya pada zaman yg mencabar skrg ni kan kan..

Alhamdulillah 3  tahun ni segalanya baik buat keluarga kecilku sehinggakan terlupa pasal "cereka hatiku" kikikik 




Pejam celik pejam celik dah sampai ke penghujung 2018.

Semoga tahun baru ni (2019), Allah beri kesabaran yang tinggi, rezeki yg melimpah ruah dan yang pasti mahukan kesihatan yang baik supaya dapat membesarkan anak anak ibu menjadi manusia yang terpuji di sisi Allah swt. Amin.. 

......

k last last

Rezeki Allah beri tanpa di duga.

Peneman main buat "abg Afif"

doakan jugak kandungan keduaku sihat dan selamat sehingga dia keluar ye.  

ada masa kelapangan kita update lagi, bye bye.

****Byk post tahun lalu terpaksa di delete & private untuk tatapan sendiri. hehhe