Pages

Thursday 29 November 2012

Terima kasih Ya Allah


Assalamualaikum.
Kehidupan seorang student memang tak lari dari masalah duit, ye tak? kehkeh. student yang duduk rumah sewa, nak bayar itu ini. duit bil air, api, internet, segala bagai. Pengalaman mematangkan kita. cehhhhh ! Mak aku selalu pesan, pergi surau atau pun masjid, terjumpa orang minta sedekah tu ringan-ringankan tangan, hulur sikit apa yang kita ada. Allah akan beri lebih dari itu suatu hari nanti.
Aku pusing satu bazaar time bulan ramadhan dulu, buntu nak makan apa. Terpandang seorang lelaki tua mengesot-ngesot kedua-dua belah kaki yg kudung  & matanya buta. Dalam poket seluar aku ada lah seringgit, baki beli air tebu tadi, bolehlah sedekah sikit buat pakcik ni buka puasa.
 Ingat ! "sebelum letak duit dalam bekas tu, niat apa yang kita nak."

Kita ingat orang lain, Allah akan ingat kita :)

Ini bukan riak, tapi hanya berkongsi rasa bahagia dgn pemberian dariNYA. 
Aku makan di A&W, datang seorang lelaki cina mintak derma untuk anak-anak yatim, aku pun hanya sekadar senyum. Bukan kedekut tapi aku takut lelaki tu dtg dari agensi tipu tipu ke. aku ni khuatir saja. Bila fikir- fikir balik. tak salah kalau aku hulur seringgit, Sebaliknya hanya Allah yang tahu. hm haih atiqahh atiqahhh. *Pengajaran buat diri sendiri*

Biar Allah membalasnya jika ia satu penipuan :)

*******************
“Sesungguhnya Tuhanku melapangkan rezeki bagi siapa yang dikehendakiNya di antara hamba-hambaNya dan menyempitkan (siapa yang dikehendakiNya)”. Dan barang apa saja yang kamu nafkahkan, maka Allah akan menggantinya dan Dia lah Pemberi rezeki yang sebaik-baiknya.”. Surah Saba’ : ayat 39
*******************
 
Salah satu cara nak rezeki murah, selalu beristighfar :) 
tak kisah lah lepas sembahyang ke apa ke. hehehe
********************
 “Barang siapa memperbanyak istighfar maka Allah S.W.T akan menghapuskan segala kedukaannya, menyelesaikan segala masalahnya dan memberinya rezeki dari arah yang tidak disangka.” (Hadis Riwayat Ahmad, Abu Daud, an-Nasa’i, Ibnu Majah dan al-Hakim dari Abdullah bin Abbas r.a.)
********************
 okayokay. 

Bulan #November;  rezeki dari Allah. Alhamdulillah :)

GIVEAWAY dari Celesta Hijabs.
Kurung moden gift from my bestfriend Faizah Sulaiman 



 SELESA PAKAI TAU TUDUNG CELESTA HIJAB NI. ORDER JUM !




Menang dalam "Stylista Contest "

Lomo :)



Kakngah bagi laptop dia time dia belajar dulu. Terima kasih :)
Dua sem aku pakai tau ! tapi masalah besar bila aku pkai laptop lama ni. Itu ini problem. tak boleh support latest software. Tengah labtest laptop hang. Bersabarrrrrrrr.


even huruf "I" takdo. laptop acer ni la banyak jasa untuk aku tau. Terima kasih :') 

So, aku nyatakan masalah and hasrat aku nak beli laptop baru, abah aku just diam. tuptup.
kakngah aku topap dulu belikan laptop baru. Tq tq ! gila tak rasa bahgia. bf baru aku kononya. kehkeh
WINDOW 8



aku dah rasa window 8.  korang dah rasa ? kehkeh !

****************************

Rezeki dari Allah, kita tak tahu bila masa tiba rezeki kita. berdoa pada Allah.Insyaallah :')
Sebelum tu ! Doakan Operation aku berjalan lancar pada minggu depan ! :')


Friday 2 November 2012

Congratulation !



Paper lama ! Paper lama. hikhokhikhok riuh bunyi lori paper dekat luar. kalau lah tiap-tiap hari aku beli surat khabar jual kat uncle tu ade jugak sikit untung buat beli gula. ahh makan pun sehari sekali nak beli surat khabar. Nak tahu berita semasa bukak website online sudah. berita still sama yang beza cuma Kaben hitam melekat pada jari jemarii. Bukti kukuh untuk orang rajin membaca.

Masa yang di tunggu tunggu makin hampir. Bukan lori paper lama tuu tapi..

Mulai dari saat ni aku dah start berangan, angan jauh jauh sampai Paris katanya baru ada urmmph ! Pakai baju cantik hat latest tu apa jadah nama dia taktau, "peplum" betoi la kot. Tudung aku nak manik penuh satu kepala ! jalan pun kepala teleng teleng ni baru comei! Kasut tak payah habaq, biaq rupa giraffe runway atas pentas. 5 inci tuuuu ! Mohon jangan cemburui dengan ketinggian aku. Riak sungguh !

Semakin hampir..

Satu persatu nama dipaggil, sampai giliran aku nanti aku nak senyum selebar lebar mungkin ! jantung degub kencang kemain. lutut mengeletar nak terloncat loncat nak jerit terima kasih buat semua yang banyak beri harapan dan pertolongan. Terima kasih.terima kasih. Remember kpd siapa harus kita berterima kasih dulu :)


******* treeeeet ..*******

Ijazah milik siapa sebenarnya?
Angan kui  meleret, amboi ! aku just tumpang berangan untuk si dia saja kehkeh

 Rezeki dari Allah, tengah practical u dah dapat call inteview sana sini. see ! Allah bagi ganjaran setimpal dengan usaha awak. Susah dahulu senang kemudian kan ? tag line kita bersama gitu. Jauh di mata dikat di hati. Maaf tak dapat tengok awak, final cheq hujung jari je ni. Doakan saya berjaya macam awak jugak tau !
All of us proud of you my dear, keep it up ! Happy Graduation  and Congratulation awak :)