Pages

Tuesday 30 December 2014

semakin dan semakin



Semakin hari semakin dekat dia denganku. semakin lama semakin erat dia denganku. semakin hari semakin susah untuk aku melupakan dia, semakin lama semakin sayang aku pada dia. sekian lama aku tak berjumpa dengan kau, kau kelihatan lain sangat. kau semakin berisi with istilah jawanya kau semakin gemuk. aku tahu kau akan mengatakan bahawa aku semakin kurus seperti isteri popai silorman. tapi aku tak pernah kisah
dengan apa apa andaian mereka semua. apa yang penting kalian tetap dalam hati.

sifat sifat kau yang berlegar difikiranku,

satu perkara yang buat aku terasa iaitu engkau yang suka melupakan aku. dulu kita selalu bersama sama walaupun ke mana. kini semua itu tidak lagi. hanya meninggalkan diri aku keseorangan. kau dan kau semakin jauh dari aku. entah ke mana menghilang. tiada pesanan mesej darimu langsung. pernah kau fikir soal hati aku ? mesti tidak kan ? begitulah sikap kau yang diibaratkan kacang lupakan kulit. bila susah aku yang dicari,
bila senang aku dibiarkan begitu sahaja.

satu lagi perkara yang membuatkan aku kecewa. sifat kau yang suka memburukkan orang lain dan mungkin termasuk aku. kau mudah dipengaruhi oleh ajakan syaitan. apa yang aku mampu lakukan hanyalah sabar dan berdoa kepada Allah semoga kau sedar dengan apa yang kau perkatakan. apabila di depan kau sangat manis, pijak semut
pun tidak akan mati, bila dibelakang ? cuba kau renungkan setiap manusia ada kelebihan masing masing. tidak perlu mempunya sifat cmburu, hasad dengki dan sebagainya. soal siasat terlebih dahulu sebelum menyatakan sesuatu.

aku sedar kadang kala aku sering membuat kalian sakit hati dengan sikap aku seperti keanak anakkan. kadang kala kita tidak sedar apa yang kita buat.kadang kadang gurauan yang kasar telah menyakitkan hati kalian semua. maaf yang bisa aku katakan. manusia akan berubah bila tiba masanya. zaman kecil dia seorang yang lain, bila sudah dewasa akan lagi lain. mana yang buruk dan baik dapat ditafsirkan. setiap perhubungan mesti ada pergaduhan dan itu merupakan lumrah kehidupan. gelak ketawa senyum tangis itu dirasai kita bersama.

setiap memori yang kita lalui aku simpan di dalam ruang hatiku. tidak akan aku lupa walaupun seinci. aku terlalu bahagia denganmu. terima kasih kerana kau telah memberikan hidupku kembali bersinar. tanpa kalian semua tiada lah aku merasa kebahagian ini. terima kasih kerana kau selalu membantu ketika aku dalam kesusahan. terima kasih juga kerana kau boleh menerimaku seadanya. aku besyukur dengan anugerah yang Allah berikan padaku. akan ku hargai selamanya.

hanya satu yang aku minta, aku amat menyayangimu wahai sahabat. setiap detik aku selalu mengingatimu. aku sentiasa mendoakan kesejahteraan dan kejayaan kau. Ambil yang jernih buang yang keruh.




salam rindu

#Atiqah Fadzil