Pages

Sunday 16 June 2019

Permata hati kedua KPMC Kajang (Update AUG 2019)


Assalamualaikum

2019 tahun paling bermakna buat kami berdua laki bini tahun ni. Hadirnya seorang lagi cahaya mata lelaki dalam keluarga kecil kami hehe tanpa dirancang Allah swt beri kawan, peneman buat abang afif yang always alone di rumah. Allah dengar rintihan aku mungkin memandangkan suami sejenis kerja yang selalu travel merata jadi lahirlah seorang lagi hero yg menyerikan rumah kecil kami :)




Dapat je tahu gender time kami buat detail scan (boleh click link) 
orang paling teruja of coz suami kehkeh dia mmg suka anak lelaki katanya mudah utk di jaga. aku pun tak cerewet terima seadanya yang penting anak cukup sifat, sihat & boleh beri kebahgiaan buat kami. Syukur Alhamdulillah 

Pertengahan hamil mesti dilanda ke-confuse- an nak deliver mana & doc apa. Pengalaman abang afif bersalin di Azzahrah bangi sgt mudah plus service pun bagus. cuma kali ni aku rasa macam nak cuba doctor lain & pengalaman yg berbeza. so aku decide untuk deliver di KPMC Kajang sbb utama aku google ramai yg rekemen untuk pilih Dr. Anita / Dr. Mimi

so malas fikir panjang aku terus ke KPMC kajang untuk booking Dr. Anita Rina. rezeki Dr.Anita still availble and waktu check up pulak tak mengganggu waktu suami bekerja. asyikkkkkkkkk
at 22w tak silap aku mula start buat check up di sana. 

waktu check up isnin - jumaat 8 malam, sabtu 8 pagi. memang ngam sangat la kann mudah urusan. tapi kalau kau datang ambil nomber lambat tetap menunggu at least 2 jam kehkeh tapi disbbkan aku nk juga dgn dr Anita aku sanggup hehe 

For the 1st time aku jumpa doc. lembuttttt and sejenis rilex rilex je orangnya. Nk bincang atau mintak pandangan apa pun selesa. Jawapan setiap pertanyaan pun penuh dgn isi bukan asal boleh. For me okay lahhh hehe  
.
.
.
so aku skip la eh terus pada pengalaman aku deliverkan si adik 


Previous pregnancy aku ada GDM + GBS and deliver at 37week k so mmg doc alert la aku sejenis yg perut mengeras tahu tahu dah ada bukaan. 

kali ni seminggu before deliver aku dah rasa sengugut and perut mengeras lain macam.  teragak agak juga nak pergi cek. tunggu turun tanda tak kunjung tiba so tunggu la padi hari aku ada check up at 38w 

agak lama aku tunggu lebih kurang 2 jam sbb ramai gila patient Dr. Anita 

sampai turn aku langkah masuk bilik doc, doc dah pandang lain mcm (jalan kengkang sbb kebas kematu jubur menunggu haha

Dr : Atiqah u okay tak ni? 

me : okay doc kebas and sakit muntut duduk di kerusi lama hahahha

Dr : Ya allah ye ke sory sory dgn mimik muka bersalah (see terbaikk gile dr Anita)
----- jarang jumpa dr yg minta maaf pada patient sbb tunggu lama haha ---- so pendekkannya  aku pun mulakan segala cerita yg berlaku beberapa hari tu 

doc decide nk seluk sbb takut ada bukaan tanpa aku sedar hehe 

ve 1.5cm sudah aku pun terkebil kebil tapi takde turun tanda pun doc, 

jawapan ringkas doc, tak semestinya turun tanda je baru ada bukaan mengeras pun salah satu tau. 

memandangkan aku pulak tak ada apa2 rasa sakit sama macam pengalaman abg afif dulu, so doc minta aku warded malam tu juga untuk on antibiotik (GBS)
--->jangan tanya Geng bas sekolah tu apa sila google sendriri=p










30 mac 2019
Bermula la episod di mana aku ready tak ready je nak bersalin haha yela sakit apa pun tidak tahu tahu dah dalam wad. suami and afif teman bermalam sekali.

before kena warded tu aku sempat singgah bangi gateway shopping selipar. kakak jual selipar tegur dik, berapa bulan dah? aku jawab sengih2 dengan selamber nak besalin dah ni kak malam ni masuk wad. tercengang akk tu (mungkin perut aku comelssss sgt kot)  
meleret akak tu bebel dik beraninye ko jalan mall lagi kang terberanak kat sini kan susah, dalam hati (doc yang mintak aku banyakkan jalan bg cepat bukaan)

aku pun senyum senyum gitu jelah malas nak panjang cerita. 

balik rumah tu aku mmg duduk tak diam la angkut baju busuk masuk mesin, cuci toilet, kemas rumah, pack baju suami utk teman warded sekali malam tu. buat solat taubat, hajat segala solat sunat supaya Allah permudahkan urusan aku.







Ni bilik Mutiara (single family room) 
bagi aku okay just nice dgn harganya la kan siap ada peti ais lagi. syukur dah ni selesa pun selesa walaupun nampak "biasher - biasher" je. 

jadi rilex2 la ats katil sambil baca la apa yang patut. nervous tu of coz ada walaupun kali kedua. doc pun datang cek and ada la sikit progress 2cm. perkara paling aku runsing apasal si afif. dia mmg tak mahu dgn sapa2 kecuali aku / suami. sudahhhh dalam hati berdoa harap esok la dikk keluo ye. ada la org stay tengokkan afif. 


Antibiotik pun dah drip, so ada la start rasa sikit sikit contraction nya.
aat 3am hilang contraction. 

Pagi 31 mac2019  tu tunggu apa planning doc since sakit contraction hilang and still no progress aku rasa. 

at 10am nurse minta aku ready and siap2 masuk ke labour room.
tercenggang sambil pandang afif.
takpe bang, you jaga je afif dalam bilik i boleh je berjuang sorang2 dalam labour room hahha
konon acah berani padahal nak sangat2 suami teman di sisi kehkeh

tak lama tu kakak aku & kakak ipar sampai. tqsm kakak sggup dtg naik grab dr putrajaya tolong jagakan afif, bergilir2 tgkkan afif dgn kak ipar. tapi hati still tak senang sebab afif sangat manja dgn aku. huaaaa T_T








Aku capai air mineral, kurma, air selusuh terus melangkah masuk ke dalam labour room. masih sempat whatsapp kakak2 aku tanya pasal afif haha risau ke afif lebih dari sakit nak bersalin ;')

drip air and nurse ada cucuk ubat apa tah utk cepatkan bukaan rasanya disebabkan still stuck at 2cm dr malam semalam tu. 

tak lama tu ada progress 4cm. fuhhh fuhhh sakit pun dah makin kerap nurse berulang kali tanya nak painkiller tak, bacaan contraction aku sgt kuat. semahu aku geleng konon dapat la tahan sakit tu hahaha akhirnya tewas and mintak nurse cucuk painkiller (Pethidine) Lepas kena painkiller tu terus rasa mengantuk haha mata pejam mulut tengah kunyah kurma. suami kejut "sayanggg habiskan kurma" terjaga kunyah2 lali balik. berkesan la ubat tu, kira membantu la utk aku rehat and baby takde lah stress. 


Bacaan Contraction aku, sakit woiiiii 
tak lama tu doc sampai and seluk wow dah 7cm ni. kalau rasa nak terberak ke panggil ye.

berapa minit lepas tu painkiller pun dah hilang, badan mengiggillllll sakit tak terkata. cengkam tangan suami sekuat boleh konon dapat la kurang sakit tu haha tidakkknya 

suami senyum ckp come on sikit lagi (mata pandang mesin ctg) 
dia tlg tgk graph contraction lol hahaha sabo je la

tak lama tuuuuuuuu rasa nak ter'be...

at 5.2pm 31 mac 2019, lahirlahhhh seorg lagi hero dengan berat 2.6kg

syukur Alhamdulillah. anugerah terindah sempena kelahiran aku tahun ni (1 April 2019)




Alhamdulillah Alhamdulillah 







nama lebih kurang sama dgn si abang Muhammad Afif Firas 

Adam - mak teringin sangat nama adam
Firas - abg afif asyik sebut adik firas adik firas since dalam perut lagi 



Muhammad Adam Firas nama diberi. 


Hadiah ulang tahun kelahiran ku (1 april ) paling bermakna dalam hidup ibu dik. 
beza sehari je :)



dengan kelahiran yang kedua ni, semoga aku dan suami dapat menjaga dan mampu melaksanakan amanah ini sebaik mungkin dengan mendidik anak-anak kami dengan iman dan ketakwaan serta menyemarakkan lagi kebahagiaan kami suami isteri.



Jazakallah kepada keluarga Hj fadzil dan keluarga mertua yang tak putus mendoakan,
sahabat andai yang turut mendoakan, ambil berat. sesungguhnya semua itu memberi kekuatan buat aku dan suami. tak lupa buat suami yang bersusah payah dari saat awal kehamilan sehingga sisa baki berpantang. terima kasih sayang, hanya Allah yg dapat membalas segala kebaikan abg. 
 Terima kasih juga buat Dr. Anita Rina, para jururawat & team Labour room KPMC kajang tqsm 
berkerja tanpa mengeluh & sentiasa berikan khidmat yang terbaik ! 





so pada yang bertanya mengenai hargaa nah niii pakej yang disediakan sangat berbaloi baloi hehehe
-
-
-
-
-
Total 3 hari 2 malam pada ku sangat la the best dengan budget kami yang tak seberapa ni. 





  harga lama ye hehheh 
yang terbaru di bawah 

--
--

---



---






 Julai update dari facebook KPMC KAJANG

Pakej harga yang di tawarkan terkini 




Nak tahu maklumat lanjut korang boleh pegi direct ke KPMC Kajang @ boleh hubungi ke talian ni 
03-87398979





Thanks for reading guyss, ada masa kelapangan aku update lagi k. doakan hahaha








1 comment:

pemasaran kpmc said...

Salam puan, boleh tak saya nak sharekan blog puan dalam KPMC page ?