Pages

Monday 17 June 2019

Penghuni Pertama



Assalamualaikum 

thank you buat yang masih rajin blogwalking cereka hatiku hehe
sedikit update yg aku rasa sangat menyentuh emosi bagi semua bergelar ibu yang baru saja melahirkan baby kedua. sungguh rasa macam macam perasaan. nak nak saat aku di dalam pantang. 

Orang yang pernah lalui je akan rasakan perasaan ni. mungkin ada yang okay enjoy the moment tapi bagi aku lain. sepanjang hidup Abang afif di matanya cuma ada aku dan suami. atas faktor aku tak bekerja as suri rumah makin la manja dia dgn aku, hilang sikit tak keruan si afif..
afif fully breastfeed 2 tahun jadi sifat manja dia tu dgn aku lain maciammmm sikit..

Bila aku dapat tahu yg aku preggykan si adam, aku happy gile sbb nak bagi kawan buat afif di rumah. kasihan dia selalu main sorg, sembang sorang, berimaginasi pun sorang2. 

hujung trimester aku dah mula rasa risau sbb dia masih lagi dgn peel manja tak boleh kena tinggal. sudahh macam mana aku nak bersalin nnt 

jauh aku tersasar pikir kan si afif sedangkan time aku dalam labour room afif ok je dgn omoni (kak ipar) and maklong (kakak aku) 

lepas lahirnya adam aku jadi emosi teruk. afif asyik meragam non stop, dia nak kan perhatian aku tapi aku kena lebihkan perhatian ke si adik sbb adam prolonged jaundice so aku kena susukan sekerap mungkin. mana tidur yg tak cukup, rasa seriau and nyilu pada episiotomy
demam bengkak susu. Allahu struggle betul. 


syukur jugak 2 minggu pertama aku berpantang suami apply cuti jadi boleh la suami tengok kan si afif. seminggu aku berpantang afif demam pakej batuk jadi dia meragam teruk. memang kesian tapi dia tak boleh dekat dgn baby takut berjangkit lagi la dia rasa maacam aku abaikan perhatian pada dia. sedangkan aku rindukan dia sungguh rindu dia tidur pegang tangan aku, cium pipi aku. Allah Alllah 

tak lama tu aku balik sambung berpantang di kedah, kampung mak & abah aku.
dalam tak sedar aku banyak marahkan si afif. adik nak tidur time tu la dia nak bermain. time aku nak lelap time tu la nk aku suap makan utk dia.

struggle betul. mujur mak aku kerap pesan jangan selalu marahkan si abang yang tak tahu dan tak faham apa tu. nanti dia akan bawa diri. selalu lah peluk dia, beri kasih yg sama. 

sungguh aku tak ada niat nak marah, naik tangan, tengking, rasa benci. ibu perlukan masa utk sesuaikan diri dgn suasana baru dalam hidup ibu. 








Time ni dalam perjalanan pulang berpantang di kedah. Afif demam meragam nk tidur di riba aku. mungkin dia demam terkejut tahu2 dah ada baby kecil muncul depan mata dia. kalau tak dia anak tunggal  yang always di manjakan aku & suami.

beberapa minggu tu Alhamdulillah afif boleh terima kehadiran si adik baby. dia dah mula timbul rasa sayang, rasa kasih pada adam. syukur syukur 






sekarang hari hari sebut "sayangggg adik ibu" Jika satu hari nanti abg afif baca tulisan di blog ibu, ketahuilah sayang.. ibu sayang anak ibu lebih dari nyawa ibu. abag afif penghuni pertama dalam rahim ibu, yang selalu menemani ibu ke mana saja sejak dari lahir. afif teman ibu di saat ayah sibuk bekerja mencari nafkah untuk kita, afif teman berkongsi cerita suka duka ibu, teman sebantal ibu. sungguh ibu sayang abang afif.. 

semoga abang afif jadi anak soleh ibu yang terbaik & abang yg terbaik buat adik2 bila besar nnt.
ibu selalu mendoakan yg baik2 untuk anak ibu......




...................................................................................................................................................................

Nukilan Ustazah Noor Laila Aniza Binti Zakaria


 ANAK PERTAMA YANG INDAH YANG ISTIMEWA
Apabila kita hamil anak kedua dan seterusnya, maka anak pertama akan jadi sasaran kemarahan kita. Letih melayan macam-macam karenah yang menyakitkan hati. Maka kita tengking-tengking dan marah, kita cubit dan pukul. 
Kemudian di malam hari kita mula sebak melihat wajah di kecil, mula menyesal dan taubat, lalu berharap dan berjanji kita tak buat lagi. Namun di lain hari, kita lupa dan mengulangi....
Ingatlah bahawa yang pertama itu yang paling istimewa. Dialah tempat kasih pertama tercurah, Dialah peneman tatkala sunyi dan lara. Dialah penghibur tiada pengganti. Dialah yg pertama menghuni rahim mulia ini.
Sudah-sudahlah kita marahkan dia kerana kita yang tersilap mendidik...Kita yg salah...kita yg belum pandai.....
Ingatlah sentiasa, si kecil ini adalah ujian untuk membawa kita ke syurga mahupun neraka... Dia permata hati , pengikat kasih sayang, melaluinya Allah salurkan rezeki tak putus-putis, Allah kuatkan semangat dan sabar kita, Allah buatkan kita rajin usaha dan yakin dgn janji Allah...
Ajarlah dia tentang tauhid, membesarkan Allah. Ajarkan dia takut hanya kepada Allah
Mohon apa sahaja hanya kepada Allah
Syaitan musuh yang nyata. Jangan ikut syaitan 
Buat baik Allah sayang
Orang yang Allah sayang, akan masuk syurga
Sayang adik, kasihan adik, maafkan adik...
Rajin belajar, Allah suka
Syukur walau dapat sedikit, orang yang syukur, Allah akan tambah lagi banyak
Pujuk dia dgn kasih sayang, doakan dia dengan kasih sayang, tegur dia dgn kasih sayang, tegas bukan tengking, tegas bukan kasar, tegas bukan cubit sakit-sikit, tampar wajahnya...Allah....kasihani dia....
Dia anak pertama, dahulu dia tiada, kita harap dia ada, lalu bila Allah beri dia kepada kita, mengapa kita tak jaga baik-baik, mengapa mudah geram dan marah?
Adakah dia menyenangkan kita atau menyusahkan kita? Jika menyusahkan, bukankah lebih baik jika Allah ambil dia semula???Senang hati, tentu kita boleh tersenyum lebar kan....?
Wahai ibu & ayah,
Dia anak, dia penuh karenah, itulah ujian. Bukan menghukum, mendenda tak henti-henti, lalu memujuk ambil hati semula...Berdoalah dgn doa surah Al Furqan ayat 74.
Sayangi dia sepenuh hati. Sayangi dia kerana Allah. Sayangi dia bukan kerana dia baik dan dengar kata.... Tapi sayangi dia kerana dia permata pertama anugerah terindah dari Allah, melaluinya kita belajar mengenal kasih tuhan....Uruskan dia dgn sabar.TAUBAT dan teruslah TAUBAT kerana kita ibu & bapa mulia yg penuh kasih sayang, bukan kasar dan bengis....


semoga abang afif jadi anak soleh ibu yang akan berbakti pd ibu ayah & abang yg terbaik buat adik2 bila besar nnt.
ibu selalu mendoakan yg baik2 untuk anak ibu......






coretan dari hati,
ibu baru anak dua.



No comments: